Saturday, December 17, 2011

Tentang Hati..

Bila hati disakiti... hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati itu...
Bila hati disakiti... ianya akan sentiasa ada dalam ingatan..
Walaupun ada kata maaf wujud di antara kesakitan itu..
Hati tidak akan mudah untuk melupakan..

Kasihan wahai si hati..
Terpaksa menanggung sakit dan sedih bila dia disakiti..
Terpaksa menahan semua kesakitan dari setiap derita itu..

Tapi si hati sentiasa yakin..
setiap hari si hati akan berbisik;
"Setiap kesakitan yang hati rasakan itu adalah ujian dariNya..
dan setiap ujian dariNya itu adalah kerana Dia mengingati  & menyayangi hambaNya.."

Terima Kasih Ya Allah.. 

Ya Allah, sekiranya insan itu bakal melukai hati & perasaan ini.. 
maka kuatkan lah hati ini untuk menempuh ujianMu itu... 

Sekiranya hambaMu ini menjadi lemah, maka ampunilah hambaMu ini ya Allah..
Jauhkanlah insan itu dari hidupku sekiranya itu yang terbaik untukku.. 

Amin Ya Allah.... 


Saturday, December 10, 2011

10 Fakta Tentang Wanita



1. Jika ada lelaki yang merenung tajam matanya, dia akan mudah cair


2. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik atau lukisan


3. Sebuah senyuman memberi 1000 erti kepada wanita


4. 1 ucapan 'hai' saja sudah cukup membuat hatinya gembira


5. Semua wanita menginkan lelaki yang mencintainya sepenuh hati


6. Senjata wanita adalah air mata


7. Wanita mudah jatuh hati terhadap lelaki yang sentiasa mengambil berat terhadapnya


8. Jangan sekali meneka apa yang dirasainya


9. Jika kamu menyintai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan 


10. Jika dia memberi 1001 alasan untuk keluar denganmu, tinggalkan saja sebab dia tidak menginginkanmu

Tuesday, August 23, 2011

Jatuh cinta disebabkan syaitan.. (Utk renungan bersama)


Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.

Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.


Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice: (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik. Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice: (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya…saya…
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian…

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu’alaikum.
Alissa: Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya…
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice…(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

Akif hanya tersenyum..


Monday, August 22, 2011

Andai Al-Quran bisa berbicara, ia akan berkata:


Waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku, dengan wudhu' kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras, sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? yang tinggal sejarah? sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. aku menjadi kusam dalam almari. berlapis debu, dimakan kutu, ku mohon peganglah aku lagi, bacalah aku setiap hari, kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu!!!

Penyebabku tdo lewat semalam... hihi.... (*_*)

Assalamualaikum sahabatku sekalian.. Hari ni nak share cerite ckit kat korang… pelik kan tengok title post kali ni… nak cerita ckit bahawasanya semalam sy terpaksa membuat 1 aktiviti yang agak x best gak ar… pe lg time2 penat + ngantok…

Al kisah semalam sy telah memasang inai di tangan ini ala2 mlm berinai daaa… hehe… dan hasilnye stlah siap d pasang seperti yg anda lihat di atas ini… huhu… agaklah memenantkan menunggu bnda ni kering n demi mendapatkan hasil yang menarik la katakana… hehehe….

Then, tadaaaaa…. Ini lah hasilnya setelah stle cuci… x dpt nak than lama sgt lah smlm, so buka je lah… lantak lah terang ke x…. hihi…

Sampai d cni dulu post kali ni eh….. next post plak… ade crite lg… 
nantikan… hehehe… have a nice day n love u all guys… 

Thursday, August 18, 2011

Siapa Jodohku???


Siapa jodohku???
Dia adalah pertanyaan..
Kerana dia adalah CINTA
Dia adalah titisan yang lahir dalam setiap titisan..
Dia adalah titipan yang hidup di antara lambung si hawa
Bersembunyi di sebalik hati.. 
Hidup di dalam jiwa seorang ibu..

Hati masih lagi bertanya demi sebuah perngertian..
Dialah adam yang akan menjadi imamku kelak
Dialah aku tulang rusuk
yang setiap detik menjadi pertanyaan naluri diri
Dialah aku yang hidup dalam detik yang berbeza..

Dialah CINTA sejati yang mungkin tak pernah aku temui
Sungguh aku tak pernah tahu siapa??
Kerana sesungguhnya dia.. adalah pertanyaan terbesar
Dalam setiap pertanyaan yang berada dalam anganku..

Tuesday, August 16, 2011

Dalam Kenangan (*_*)

Keempat2nya telah pergi meninggalkan ana….. L


Mula2 Si Putih, arnab first yang ana bela…. Ana bela dia masa ana msih sekolah, x silap awal2 form6 mcm 2…. Actually, rabbit 2 adk ana beli tp die bg kat ana suruh bela… its my first experience…. Ana berjaya gak lah bela dia sampai besar… tp x lama lepas adk ana kawen, dia hilang ntah ke mana, sampai skarang x jumpa2….






Then, Jun Sang kucing ana yang ana sayang sangat2…. ana bela die dri kecik sbb mak die dah xde.. so, ana yg pelihara die dri baby lg.. tp Jun Sang pun hilang gak ntah ke mana… die hilang masa 2009 bila ana fly pegi semenanjung untuk continue study kat uitm…. Balik2 je cuti sem, die dah xde…





Kemudian, Oppa… ikan laga biru yang ana bela kat uitm tp masa 2 dah sem3…. First, balik cuti sem bagi tinggal dgn abg spupu dekat shah alam… die ok je sihat walafiat Alhamdulillah… then bila cuti sem 4 tinggal lg skali kat uma abg sedare, x smpai seminggu die dah mati… L Oppa, maafkan ana….



Lastly, Ferra plak… walaupun bukan ana tuan punya rabbit ni tp ana sayang sgt2 kat die…. Huhu… die comel sgt.. pena gak ana jage die mase (M.Azwa) tuan die balik kampung…. Tersangatlah lincah si ferra ni tau… tp 14/8/11 ni die dah mati gak… kate tuannya die sakit…


Now, dah xde haiwan peliharaan untuk ana dah…. Maybe xkan ada pengganti lg…. (*_*)