Monday, January 13, 2014

Ingatlah orang yang tersayang...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Na(sebenar salina) lembut sambil membetulkan pakaian Iwan. Iwan tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Iwan mencubit pipi Na lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Lisa dan Afiq meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Na hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Iwan berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke P.Puteh mengambil masa lebih kurang 8 jam. Lisa dan Afiq dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Na. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Iwan berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Iwan menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Iwan semakin seronok. Iwan dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Iwan cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Iwan masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Na terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Na takut." Na cuba memujuk Iwan supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Na ?tak ada apa-apa," Iwan terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?kan?" kata Iwan setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Na tengok abang motong dia aaa...." Iwan terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Iwan terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Iwan....bangun Wan," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Iwan membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Na mak? Macammana dengan Na mak? Lisa, Afiq....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Iwan menyoal emaknya. Iwan tak dapat menahan kesedihannya lagi. Iwan menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Iwan tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Iwan mak, Na?" Iwan masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala botak Iwan itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Iwan terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Iwan tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!


**Enjoy reading guys.. senyum sorang2 yea...

Mencari Kekuatan


Assalamualaikum semua pembaca blog Princess Ana Alyana.. lama tak dengar khabar kan.. mudah - mudahan kita semua berada dalam lindungan Allah S.W.T aamin..

Entri kali ni nak cerita pasal "Mencari Kekuatan"

Sebagai manusia, kadangkala kita terasa seperti sudah tidak kuat untuk menghadapi cubaan hidup kan. Namun pada saat kita merasa  sudah tidak kuat itu kita lupa pada 1 hal.. iaitu "Allah tidak pernah menguji hamba-NYA di luar daripada kemampuan hamba-NYA itu.."

Hal ini lah yang menguatkanku.. setiap kali dugaan itu menghampiri diri ini, setiap kali itu juga saya yakin yang Allah sedang menguji diri ini.. Allah tau kemampuanku.. jadi saya x perlu risau.. saya mesti boleh buat.. sebab saya yakin saya kuat..

Yakinlah, bila dugaan demi dugaan datang menimpa kita, bermakna Allah masih mengingati kita.. Janganlah pula kita yang semakin jauh dariNYA.. bersyukur Allah masih ingat dengan kita.. alhamdulillah.. semakin banyak dugaan, semakin kuat lah diri kita.. bila diri terasa lemah, kembali lah kepada Allah.. sujud lah padaNya.. minta pertolongan dariNya..

"Ya Allah, ampunkan lah dosaku bila aku terkadang mengeluh dengan dugaan hidupku ini.. banyak sungguh dosa hambaMu ini bila mana aku berputus asa dengan cubaanMu ya Allah.. berilah aku kekuatan ya Allah, kuatkan lah imanku untuk menempuh dugaan ini ya Allah.."

**PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA & DIRI INI JUGA.. 

Terima kasih kerana sudi membaca posting saya.. See u in the next entry ya guys..

..Princess Ana Alyana love u.. 




Monday, April 8, 2013

~~BeRhABuk SuDaH..~~

Assalamualaikum w.b.t, title post pun sudah menunjukkan bahawa sudah lama saya tidak post apa2 kat sini kan... so, di kesempatan ini izinkan saya memohon maaf di atas senyapnya saya selama lebih setengah tahun ini.... huhu but, memang ada banyak benda yang terjadi selama saya tak tulis apa2 kat sini kan... termasuklah (pelajaran, family, relationship, also kerja) 

Apa2 pun kita try cerita one by one eh.... hehe... actually saya dah habis belajar and convo on (02/12/2012). tarikh keramat and sangat bersejarah dalam hidupku... setelah berhempas pulas selama 3 tahun berjuang bersama kawan2 sekelas... banyak kenangan yang di tinggalkan di Universiti Teknologi MARA Puncak Alam... Terlalu banyak kenangan yang tertinggal di sana dan tak mungkin untuk kita kembali lagi pada masa itu.. Terkadang menitis air mata bila tiba2 saja rindukan saat2 belajar dulu... saat2 pahit manis, gaduh2 sayang, klas tambahan yg d "sukai" oleh smua student hehe, gelak tawa mereka, lecturer yg brbagai ragam, assignment yg betimbun and also kawan2.. kalau boleh di gambarkan menggunakan perkataan, kamu semua adalah yang termanis dalam hidupku wahai sahabat2ku... (*_*)
B.t.w, kat bawah ada a few picture yang dapat masa convo hari tu... next time akan ada cerita & gambar lain plak eh... so jumpa anda di next post ok my friend.. (^_^)
(02/12/2012)
My Convocation Day
Mama &Bapak

I Love U Mak


Orang terpenting dalam hidup si Princess Alyana :)


Monday, June 25, 2012

Ayat-ayat maut seorang wanita....


Assalamualaikum & salam sejahtera kawan2..
entry kali ni tentang 9 ayat-ayat maut daripada seorang wanita... maybe berguna buat kaum2 adam untuk mengenali kaum hawa dengan lebih dalam lagi kan.... tak kiralah wanita itu makwe or tunang or isteri korang kan.... hehe... selamat membaca semua..(^_^)

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa atau nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas …. jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. 

Sunday, June 17, 2012

Bulan Ramadhan Bakal Menjelma

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
 "Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala" 


Kawan-kawan...
 Tak lama lagi bulan ramadhan akan menjelma, bagi yang masih belum mengantikan puasa, di atas adalah niat puasa ganti. 

 Jom ganti puasa kawan-kawan!! (^_^)

Friday, January 27, 2012

"Bawa Aku ke SyurgaNya" (^_^)




Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet 
dalam memilih pasangan hidup....
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian 
sedangkan aku hanya sebutir pasir
yang wujud di mana-mana


Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain,
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,
memimpinku ke arah tuju yang satu....


Tidak perlu kau memilih wajah seindah nabi Yusuf A.S 
yang mampu mendebarkan juataan gadis untuk membuatku terpikat....


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,
Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku,
jua hatimu kali pertama kita berpandangan....


Itu janji Allah....


Akan tetapi,
selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku
kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu....


Juga jangan kau lampaui batasan 
yang telah ditetapkan syara'
Aku takut perlakuanmu itu akan 
memberi impak yang tidak baik
dalam kehidupan kita kelak....


Permintaanku tidak banyak,
Cintai aku bila tiba saatnya,
Bawa aku ke SyurgaNya....

Tuesday, January 3, 2012

Examination Mood.... (*_*)

Assalamualaikum readers...... 
Selamat datang di ucapkan buat tahun 2012,
semoga kenangan yang tertinggal di tahun 2011 menjadi ingatan 
yang indah buat kita semua

Esok ialah first paper untuk exam sy....

Tarikh keramat

4.January.2012 : CTU553
7.January.2012: OSM601
9.January.2012: HRM546
13.January.2012: OSM603
16.January.2012: OSM602
20.January.2012: HRM543


Perasaan berbisik, berdebar la plak..
Fikiran berkata, bleh ke sy jawab yer..

apa2 pun.. semoga berjaya untuk semua rakan2 seperjuangan
especially class OMB55A

'we can do it guys....'