Monday, June 25, 2012

Ayat-ayat maut seorang wanita....


Assalamualaikum & salam sejahtera kawan2..
entry kali ni tentang 9 ayat-ayat maut daripada seorang wanita... maybe berguna buat kaum2 adam untuk mengenali kaum hawa dengan lebih dalam lagi kan.... tak kiralah wanita itu makwe or tunang or isteri korang kan.... hehe... selamat membaca semua..(^_^)

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit

Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa atau nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas …. jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. 

Sunday, June 17, 2012

Bulan Ramadhan Bakal Menjelma

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
 "Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala" 


Kawan-kawan...
 Tak lama lagi bulan ramadhan akan menjelma, bagi yang masih belum mengantikan puasa, di atas adalah niat puasa ganti. 

 Jom ganti puasa kawan-kawan!! (^_^)

Friday, January 27, 2012

"Bawa Aku ke SyurgaNya" (^_^)




Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet 
dalam memilih pasangan hidup....
Siapalah diriku ini untuk memilih berlian 
sedangkan aku hanya sebutir pasir
yang wujud di mana-mana


Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain,
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,
memimpinku ke arah tuju yang satu....


Tidak perlu kau memilih wajah seindah nabi Yusuf A.S 
yang mampu mendebarkan juataan gadis untuk membuatku terpikat....


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,
Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku,
jua hatimu kali pertama kita berpandangan....


Itu janji Allah....


Akan tetapi,
selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku
kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu....


Juga jangan kau lampaui batasan 
yang telah ditetapkan syara'
Aku takut perlakuanmu itu akan 
memberi impak yang tidak baik
dalam kehidupan kita kelak....


Permintaanku tidak banyak,
Cintai aku bila tiba saatnya,
Bawa aku ke SyurgaNya....

Tuesday, January 3, 2012

Examination Mood.... (*_*)

Assalamualaikum readers...... 
Selamat datang di ucapkan buat tahun 2012,
semoga kenangan yang tertinggal di tahun 2011 menjadi ingatan 
yang indah buat kita semua

Esok ialah first paper untuk exam sy....

Tarikh keramat

4.January.2012 : CTU553
7.January.2012: OSM601
9.January.2012: HRM546
13.January.2012: OSM603
16.January.2012: OSM602
20.January.2012: HRM543


Perasaan berbisik, berdebar la plak..
Fikiran berkata, bleh ke sy jawab yer..

apa2 pun.. semoga berjaya untuk semua rakan2 seperjuangan
especially class OMB55A

'we can do it guys....'